Monday, February 01, 2016

Turbo return with Kim Jong Kook, Kim Jung Nam, Mikey ft Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo, Cha Tae Hyun!

After more than 10 year hiatus, the popular Korean duo of 90s, Turbo return as a trio on 20th December 2015, with brand new single Again! Along with popular vocalist Kim Jong Kook, the group also included Kim Jung Nam specialises in rap singing and dancing while Mikey will be a rapper for the group.

This is probably one of the most anticipating thing in 2016 after successfully make a comeback in Saturday, Saturday is for the Singer, a project initiated by Infinite Challenge members, Jeong Jun Ha and Park Myung Soo in order to witness once again performance from numerous popular singers in the 90s.

Popular Turbo songs are Black Cat, Twist King, Love is...(3+3=0).





Sunday, January 31, 2016

Saingan tiga penjuru RTM, TV3 dan Astro

Anugerah Juara Lagu 30 baru sahaja tamat dan kini tumpuan penonton beralih arah kepada rancangan realiti TV. Tahun 2016 dilihat agak menarik kerana terdapat 3 rancangan realiti TV yang bertemakan pertandingan menyanyi disiarkan pada waktu yang sama.

Bintang RTM (BRTM 2016)


Disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam di TV2 

Bintang RTM seperti yang diketahui ramai merupakan satu rancangan pertandingan menyanyi legenda, kerana menjadi satu-satunya rancangan realiti yang masih disiarkan sejak pertama kali diperkenalkan pada 1971. Bintang RTM mempunyai reputasi tinggi disebabkan berjaya melahirkan begitu ramai penyanyi hebat seperti Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Azharina Azhar, Misha Omar, Farawahida dan ramai lagi. BRTM tahun ini menampilkan penyanyi baru, walaupun peserta-peserta wanita dilihat seperti sudah terlalu bagus untuk BRTM, namun ada juga peserta yang mempunyai potensi untuk menjadi penyanyi terkenal, dan percayalah, peserta-peserta inilah yang bakal menjadi tarikan utama untuk BRTM kali ini, bukannya Amyra Rosli. 

Mentor Milenia (TV3)


Disiarkan setiap hari Ahad pada jam 9 malam di TV3

Sejak pertama kali disiarkan di TV3 pada tahun 2005, Mentor dipandang skeptikal kerana cuba bersaing dengan Akademi Fantasia dan dilihat agak sukar untuk bertahan. Tetapi Mentor mula menunjukkan hasil apabila berjaya melahirkan penyanyi muda seperti Pija, Fiq, Kat namun hanya Black, selaku juara musim ke-3 yang mampu mengorak lebih jauh sebagai penyanyi berwibawa apabila seringkali mara ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu. Berbeza dengan musim terdahulu, Mentor Milenia menampilkan Akim, Azlan The Typewriter, Hazama dan Black sebagai mentor dan mereka agak menonjol dalam beberapa episod pilot. Ia merupakan satu nafas baru dalam rancangan realiti kali ini dan dengan adanya Dato Vida selaku penaja utama, Mentor Milenia dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menguasai rating pada setiap minggu.

Seiras Seirama (Astro)


Disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria

Astro ketika ini sedang bergelut untuk menyiarkan rancangan realiti TV bertemakan nyanyian selepas dibayangi kejayaan Gegar Vaganza musim ke-2. Seiras Seirama tampil dengan konsep yang serupa dengan Mentor, di mana Jamal Abdillah, Ella, Ziana Zain, Misha Omar, Mas Idayu, Faizal Tahir dan Hafiz Suip akan memilih peserta yang mampu menyanyikan lagu tetapi mirip dengan suara mereka sendiri. Seperti yang sedia maklum, rancangan seperti ini sukar untuk mendapat sambutan oleh kerana penggemar muzik Malaysia lebih suka melihat penyanyi kegemaran mereka menyanyi daripada mendengar penyanyi klon. Rancangan ini juga sekadar mengisi jurang siaran yang ditinggalkan oleh Gegar Vaganza dan tidak terkejut jika ratingnya lebih rendah dari Maharaja Lawak Mega 2016 yang sudahpun bermula pada minggu yang lalu. Harapnya tiada lagi rancangan bernas seperti ini di masa akan datang.